Thursday, March 27, 2008

PERTANDINGAN MENYANYI "TIRU GAYA ARTIS"


Tarikh : Saringan 26 dan 27 April 2008 dan

Final 4 Mei 2008

Tempat : Ruang Legar, Seremban Centre Point

Masa : 11.00 pagi


Borang Penyertaan Pertandingan Karaoke "Tiru Gaya Artis"


Nama :..........................................Umur :...............

Tarikh Lahir :......................

Jantina : Lelaki / Perempuan

Alamat :…………………………………………………………
…………………………………………………………………….
…………………………………………………………………….

Telefon :.........................

Pernahkah menyertai pertandingan karaoke? (Pernah/Tidak)

PERAKUAN:
1 Saya bersetuju menyertai Pertandingan Karaoke "Tiru Macam Artis 2008" Seremban Centre Point atas kerelaan saya sendiri dan mengaku memahami akan mematuhi semua syarat-syarat serta etika pertandingan yang telah ditetapkan. Saya juga akan menyertai pertandingan ini dengan penuh semangat bekerjasama, muhibbah dan perpaduan.


2 Saya menyertai pertandingan ini dengan sedar bahawa segala perbelanjaan dan tanggungan sama ada berlaku kerugian atau kemalangan adalah atas tanggungjawab dan risiko saya sendiri.

3 Bersama-sama ini disertakan bayaran penyertaan sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja)


Tandatangan,




..................................................................
(NAMA : _____________________)
KP : _______________________
TARIKH : ___________________



Syarat- Syarat Penyertaan :

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas yang berstatus amatur.


2. Lagu: SATU LAGU PILIHAN SENDIRI

3. Peserta dikehendaki membawa CD minus one sendiri.

4. Peserta tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, tidak pernah merakamkan mana-mana album dan memenangi Pertandingan Bintang RTM, Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Idol dan One In A Million.

5. Penyertaan lewat tidak akan dilayan.

6. Peserta dilarang sama sekali menggunakan apa-apa jenis dadah, arak, alkohol atau bahan-bahan yang memabukkan atau yang mengkhayalkan dan diharamkan di sisi undang-undang sepanjang pertandingan dijalankan.

7. Semua peserta dikehendaki mematuhi disiplin, mematuhi arahan pihak penganjur dan pengelola serta berpakaian sopan sepanjang tempoh pertandingan.

8. Pihak penganjur dan pengelola berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang melanggar syarat-syarat tersebut di atas.

9. Semua peserta mesti berada di tempat pertandingan pada 26hb April 2008 pada jam 10.00 pagi di pentas ruang legar untuk undian giliran.

10. Wang penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri atau tidak hadir pada hari pertandingan tersebut.

Tarikh Tutup Penyertaan:
20hb April 2008

Utk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
019-373 5518 (En. Hashim)

PAKAIAN

Pakaian adalah bebas tetapi hendaklah sopan dan sesuai dengan konsep lagu yang dipilih dan tidak menjolok mata. Seluar jeans dan selipar/sandal tidak dibenarkan.

PEMARKAHAN

A. Kemantapan dan kesesuaian vokal (intonasi dan sebutan) 50%
B. Gaya persembahan 30%
C. Pakaian 10%
D. Kreativiti 10%

Jika terdapat persamaan markah, pemilihan peserta akan dinilai dari segi markah tertinggi dalam kemantapan vokal dan gaya persembahan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.


HADIAH

Juara – RM450 (Tunai) + Trophy
Naib Juara – RM350 (Tunai) + Trophy
Ketiga – RM200 (Tunai)+ Trophy

3 Saguhati RM50 setiap seorang

No comments: